Kelas CRM

Minggu ini 16 Jun 2012 & 17 Jun 2012 sekian lama rasanya aku tidak ke ATC Kajang kerana 2 bulan yang lepas kami tidak ada kelas kerana modul minggu tu kami telah selesai, bulan lepas pulak kelas kami di UUM Sintok bersama Prof. Azizi Zakaria.

Hari ni dan esok kelas Customer Relationship Management, tenaga pengajar Puan Fauziah Mat Nuri, seperti biasa lah aku dan Kak Nana serta Maz akan check in hotel yang berdekatan dengan kelas, bukan apa kalau nak balik ok jer tak ada lah jauh sangat tapi memang sudah menjadi kebiasaan kami bila kelas kami akan menginap di hotel, masa bersama kawan-kawan lah katakan.

Minggu ni kami cuba Presscot Metro Inn Kajang pulak, kami ambik bilik Superior untuk 3 orang, bilik ni besar boleh memuatkan 4 orang. Seperti biasa lepas check in kami keluar cari makan lah kat kedai berdekatan hotel, nak makan kat hotel? mmmmmm kami tak berapa suka makan di hotel, :)..

Kelas CRM berjalan lancar selama 2 hari, seperti biasa ada presentation, ujian, last sekali apa lagi tugasan assignment lah untuk kami siapkan dalam masa 3 minggu, mmmmmm malas plak rasa nak buat assignment dengan kerja-kerja pejabat lagi tapi malas ke rajin ke kene siapkan jugak.

Sekian untuk hari ni ye …. kalau ada masa saya update lah sentiasa blog saya ni.

Advertisements

Jumaat datang lagi ….

Syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk melalui Jumaaat yang indah, penghulu segala hari. Jam 8.10 pagi aku sampai di pejabat hari ni , mmmm lewat 10 minit, waktu kerja aku hari Jumaat bermula jam 8.00 pagi – 12.30 tengahari sahaja.

Kenapa tiba tiba mood untuk kerja hari ni padam sepadam padamnya, arghhhhh kenapa ni. Kerja banyak ni, akan ku gagahi juga menyiapkan apa yang patut sebelum aku meninggalkan pejabat untuk hari ni, tapi aku tetap akan menjeling jam di tangan sehingga jam menunjukkan 12.30 tengahari aku akan bersiap untuk pulang.

Dari rumah lagi aku dah rasa malas nak datang kerja, pakaian aku  hari ni pun sangat ringkas tidak seperti hari hari sebelumnya.

Minggu ni tiada rehat bagi ku, aku ada kelas sabtu & ahad 16 Jun – 17 Jun 2012.

Hari telah bertukar hari

Jam telah berbunyi memberitahu telah masuk hari baru iaitu sudah Rabu, 13 Jun 2012, aku masih melayan novel kegemaranku , di kala ini en suami dan anak-anak sudah lena diulit mimpi, mata ku masih segar walaupun tekak telah menelan pil yang diberikan oleh doktor petang semalam, mengikut kata doktor pil ini akan membuatkan aku rasa mengantuk, malam semalam memang aku mengantuk selepas telan pil ini, tapi malam ni lain pulak jadinya, mungkin sekejap lagi mataku akan mula penat dan minta direhatkan. Sebelum mata minta direhat baik aku layan novel & Euro 2012 dulu di ASTRO ARENA 801.

Dikala Malam

Aktiviti aku pada waktu malam selepas pulang dari kerja adalah memastikan kerja-kerja rumah dibereskan sebelum menutup mata untuk seketika, rehatkan mata la maksudnya. Mula mula kaki melangkah ke muka pintu, pertama aku akan memastikan susun atur kasut dan selipar dalam keadaan kemas, seterusnya aku akan menyediakan makan malam untuk suami dan anak-anak, biarpun aku jarang masak, beli pun kene siapkan jugak, tak kan nak makan dalam polisterin je kan, jadi kena lah sediakan pingan,mangkuk dan lain lain. Sesudah makan malam semua wajib mandi dan bersolat, memang rutin kami makan dahulu sebab anak anak tak tahan lapar, padahal wang saku yang aku bekalkan ke sekolah bukannya sedikit malah pengasuh jugak sudah menyediakan makan untuk tengahari, yelah kan makan kat rumah orang mana nak sama makan kat rumah sendiri, anak anak aku pemalu orang nya 🙂

Walaupun sepenat mana aku, akan tetap memastikan kerja kerja rumah siap sebelum aku melabuhkan badan untuk berehat. Satu perkara mengenai aku adalah, aku tak akan tinggalkan rumah sekiranya rumah belum kemas, lagi sekiranya aku ingin meninggalkan rumah , mmmm contoh nak pergi bercuti ke balik kampung ke, aku akan mengemas rumah tahap VVIP lah. Faham faham sendiri lah 😉

Rumah aku bukan sebuah banglo yang harga nye jutaan ringgit seperti kebanyakkan diluar sana tetapi aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana aku mampu mempunyai kediaman sendiri hasil titik peluh aku dan suami, ada tempat berteduh. Sesekali terfikir  ramai yang tidak ada tempat tinggal yang sekarang glemer di sebut “GELANDANGAN”

Arghhhh

Pagi ni seperti biasa jam aku menjerit meminta aku bangun, hari ni aku rasa malas sangat nak bangun, badan sakit-sakit, bahu kiri ku terasa sangat lenguh akibat kerana suntikan petang semalam. Petang semalam aku ke klinik berdekatan rumah, tak sangka pulak doktor nak suntik aku kerana katanya sakit yang aku alami sudah tahap kene suntik. Jangan terkejut bukanlah sakit kronik. Jadi aku hanya bersetuju dengan kata kata doktor.

Dalam fikiran mahu saje aku MC hari ni, tak larat nak pergi kerja tetapi memandangkan kerja berlambak atas meja, aku gagahkan juga diri untuk kerja, aku sampai lewat ke pejabat, tak lah lewat sangat dalam pukul 8.50 pagi, waktu kerja aku 8.30…kira oklah tu sekali sekala daripada aku tak datang terus kerana ambil MC.

Sampai sahaja di pejabat aku diberitahu ibu kepada Menteri kami iaitu Dato’ Seri Jamil Khir Haji Baharom telah pulang ke rahmatullah pagi ini. Di lobi pejabat ku lihat kawan-kawan sudah berkumpul untuk menziarah arwah di rumah Dato’ Seri. Al fatihah kepada arwah bonda Dato’ Sri semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin …. 

Isnin datang lagi ….

Kringggg ! kring ! loceng jam berbunyi mengejutkan aku pagi ini, bukan pagi ni sahaja loceng jam akan berbunyi malah setiap hari tepat jam 5.00 pagi, hari ni merupakan hari pertama persekolah setelah 2 minggu cuti sekolah, nampaknya anak-anak susah nya nak bangun, sebenarnya bukan anak je aku pun sama rasa malas je nak tinggalkan katil, tapi aku tidak boleh layan malas ku nanti semua akan terlewat. Aku perlu siapkan diri ku terlebih dahulu, mandi dan bersolat subuh.

Seperti biasa aku akan siapkan baju sekolah anak-anak walaupun anak sudah besar dan boleh berdikari aku tetap akan menyediakan kelengkapan sekolah diaorang dari kelengkapan dalaman dan luaran, aku mahu anak-anak ke sekolah dengan penuh semangat dan tanpa tekanan bila terpaksa mencari kelengkapan sekolah, biarpun dalam almari mereka boleh katakan hari hari aku akan membuat pemeriksaan bagi memastikan susunan baju kemas tersusun.

Selepas kelengkapan sekolah, aku akan menyediakan sarapan ringkas, anak anak hanya mahu segelas milo suam sahaja sebelum berangkat ke sekolah. Senang kerja aku :). Encik suami akan keluar menghantar anak-anak ke sekolah, aku pulak akan bersiap untuk ke tempat kerja.

Jam 7.45 aku akan keluar untuk meneruskan rutin harian seperti biasa, menghantar kelengkapan anak-anak ke rumah pengasuh masing-masing, aku mempunyai 2 orang pengasuh untuk anak anak yang sangat baik hati. Selesai menghantar kelengkapan anak anak aku terus ke tempat kerja.

Pagi hantar, petang pulak ambil, begini lah rutin kehidupan aku Isnin – Jumaat, siapa cakap tak penat, penat tapi  dah nama nya kehidupan.. ada masa suka,duka,susah,senang dan lain lain lah , baru ada warna warni dalam hidup, betul tak? 🙂 🙂 🙂 .. ok selamat bekerja.  

Port Dickson

Minggu ni adalah minggu terakhir cuti sekolah, atas permintaan anak-anak kami sekeluarga ke Port Dickson (Tiara Beach Resort) pada 9 & 10 Jun 2012…Seingat aku ini adalah kali ke 4 kami sekeluarga berkunjung ke Tiara Beach Resort, demi anak-anak aku tak kisah walaupun 10 kali akan ke sini. Janji anak-anak enjoy & happy.

Kunjungan kami sebelum ini hanya tertumpu di Tiara Beach Resort sahaja tapi kali ini hampir seluruh daerah PD kami kunjungi, kali ini lagi enjoy, kami ke Medan Ikan Bakar untuk makan malam, ke Waterfront, ke Pantai Teluk Kemang, Pasar Malam PD, PD Walk dan siap shopping lah di Pasaraya Billion, berabis RM  jugak lah, tapi tak mengapa janji anak-anak heppy sangat, bak kata pepatah

“duit boleh dicari”

Keluarga diutamakan

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.