Tahun 2011 akan menjadi satu kenangan indah buat puteri ku kerana telah berjaya mengkhatamkan Al-Quran, terima kasih kepada Ustazah Siti Mariam merupakan guru al quran anak anak ku, pada majlis khatam quran ini, aku berusaha menyiapkan pulut kuning dan bunga telur tanpa bantuan daripada sesiapa, seawal jam 9.00 pagi aku telah masuk dapur untuk menyiapkan pulut kuning dan aku memilih daging masak merah untuk digandingkan dengan pulut kuning, aku lebih gemar daging masak merah berbanding daging masak rendang. Majlis khatam quran akan bermula jam 5 petang di Dewan Sri Astana.Alhamdulilah aku berjaya menyiapkan apa yang diperlukan untuk majlis ini.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini, komuniti di tempat kediaman aku sangat prihatin dan sifat kerjasama yang tinggi dalam hal sebegini amatlah dicontohi walaupun aku tahu masing masing ada tugas dan kerjaya sendiri.